Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Laman Web Geometri Pepejal Matematik Tingkatan Dua Berasaskan Permainan

Tasir, Zaidatun and Jamli, Zuriyati (2010) Pembangunan Laman Web Geometri Pepejal Matematik Tingkatan Dua Berasaskan Permainan. Pembangunan Laman Web Geometri Pepejal Matematik Tingkatan Dua Berasaskan Permainan . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
43kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah laman Web yang berasaskan permainan dalam tajuk Geometri Pepejal tingkatan dua. Penghasilan permainan khas untuk digunakan dalam kelas mengambil masa yang lama serta kos yang tinggi. Oleh itu, dengan membangunkan laman web berasaskan permainan ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna mengaplikasikan permainan yang sedia ada ke dalam kelas tanpa perlu membangunkannya sendiri. Ini sekaligus dapat menjimatkan masa serta kos pengguna. Laman web ini dibangunkan khas untuk tajuk Geometri Pepejal tingkatan dua sahaja. Semua permainan yang disediakan telah dibangunkan mengikut subtopik yang ada dalam tajuk Geometri Pepejal. Di antara subtopik yang dibincangkan adalah ciriciri, bentangan dan luas permukaan geometri pepejal. Terdapat enam buah permainan yang berkaitan dengan subtopic geometri pepejal telah dimuat naik ke dalam laman web ini. Laman web ini telah dibangunkan sepenuhnya dengan menggunakan perisian Dreamweaver 8, Adobe Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop CS2. Laman web ini berpotensi untuk menarik minat pengguna dalam tajuk Geometri Pepejal sekaligus menaikkan prestasi mereka dalam Matematik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:geometri pepejal matematik, permainan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10823
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Oct 2010 12:30
Last Modified:15 Aug 2017 04:15

Repository Staff Only: item control page