Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengkaji Perbezaan Tahap Kelajuan Dan Ketangkasan Pemain Hoki Wanita UTM Dengan Pemain Hoki Wanita SUKMA Johor

Mohd. Noor, Mohad Anizu and Sa’ari, Mohd. Fadli (2010) Mengkaji Perbezaan Tahap Kelajuan Dan Ketangkasan Pemain Hoki Wanita UTM Dengan Pemain Hoki Wanita SUKMA Johor. Mengkaji Perbezaan Tahap Kelajuan Dan Ketangkasan Pemain Hoki Wanita UTM Dengan Pemain Hoki Wanita SUKMA Johor . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
55kB

Official URL: http://www.academia.edu/2822480/Mengkaji_Perbezaan...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan tahap kelajuan dan ketangkasan di antara pemain hoki wanita UTM dengan pemain hoki wanita SUKMA Johor 2008. Seramai 14 pemain hoki wanita UTM dan 14 pemain hoki wanita SUKMA Johor 2008 telah dipilih sebagai sampel ujian. Bagi mengukur dan menilai tahap kelajuan pemain, ujian 40 m pecut digunakan bagi kedua-dua pasukan untuk membuat perbandingan. Manakala bagi mengukur dan menilai tahap ketangkasan pemain, ujian illinois di gunakan bagi kedua-dua pasukan untuk membuat perbandingan. Data-data yang diperolehi akan di olah melalui dua kaedah iaitu kaedah deskriptif dan kaedah inferensi. Bagi menerangkan data melalui kaedah deskriptif, pengkaji menggunakan jadual dan carta untuk membuat perbandingan kedua-dua pasukan berdasarkan hasil ujian. Manakala melalui kaedah inferensi pula, keputusan yang diperolehi akan di analisis menggunakan perisian komputer iaitu Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0. Melalui hasil analisis daripada SPSS ujian –t tidak bersandar digunakan bagi mengukur samaada terdapat perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua pasukan melalui ujian kelajuan dan ujian ketangkasan. Aras signifikan yang ditetapkan bagi kajian adalah P<0.05. Bagi ujian kelajuan dilihat terdapat perbezaan skor min yang tidak signifikan di antara pemain hoki wanita UTM dengan pemain hoki wanita SUKMA Johor 2008. Bagi ujian ketangkasan pula, keputusan yang diperolehi adalah terdapat skor min yang signifikan di antara pemain hoki wanita UTM dengan pemain hoki SUKMA Johor 2008.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kelajuan dan ketangkasan, pemain hoki wanita UTM, pemain hoki SUKMA
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10822
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Oct 2010 12:28
Last Modified:27 Feb 2017 07:55

Repository Staff Only: item control page