Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Pembentukan Keluarga Bahagia: Kajian Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM

Sulong, Abdullah and Mogan, Siti Nurfairuz (2010) Faktor-Faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Pembentukan Keluarga Bahagia: Kajian Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM. Faktor-Faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Pembentukan Keluarga Bahagia: Kajian Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
57kB

Abstract

Kajian dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri yang membentuk keluarga bahagia, persepsi pelajar terhadap faktor yang membentuk keluarga bahagia, dan faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan pembentukan keluarga bahagia di kalangan pelajar. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor suami isteri, faktor keilmuan, faktor hubungan kaum kerabat, dan faktor ekonomi. Satu set soal selidik yang mengandungi 50 item telah diedarkan kepada 45 orang pelajar yang telah berkahwin daripada pelbagai kursus di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.836. Analisis deskriptif dibuat untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 14.0 for Windows. Dapatan kajian menunjukkan ciriciri keluarga bahagia dan persepsi terhadap pembentukan keluarga bahagia berada pada min yang tinggi iaitu 4.83 dan 4.55. Bagi faktor suami isteri, faktor keilmuan, faktor kaum kerabat, dan faktor ekonomi juga berada pada tahap min yang tinggi iaitu 4.53, 4.54, 4.41, dan 4.05. Ia juga dianalisis secara statistik inferensi dengan menggunakan korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara pembentukan keluarga bahagia dengan faktor-faktor yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pembentukan keluarga bahagia dengan faktor suami isteri iaitu r = 0.368, faktor keilmuan r = 0.539, faktor kaum kerabat r = 0.512, dan faktor ekonomi r = 0.329. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi pembentukan keluarga bahagia di kalangan masyarakat umum pada akhir kajian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor keluarga bahagia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10821
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Oct 2010 12:26
Last Modified:15 Aug 2017 02:40

Repository Staff Only: item control page