Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-learning di kalangan pelajar-pelajar tahun empat, fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Junaidi, Juhazren and Jailani, Madihah (2010) Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-learning di kalangan pelajar-pelajar tahun empat, fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
116kB

Abstract

Perkembangan teknologi yang pesat memberikan impak kepada bidang pendidikan. Bidang pendidikan mengalami perubahan seiring dengan arus perubahan globalisasi. E-learning merupakan satu fenomena yang melanda dunia pendidikan negara. Namun ia telah lama diaplikasi di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana faktor isi kandungan, kaedah komunikasi dan maklumat tambahan mempengaruhi penggunaan e-learning di kalangan pelajar-pelajar tahun empat, Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 102 pelajar yang dipilih secara rawak mudah daripada 120 pelajar. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Bilangan sampel adalah berdasarkan kepada jadual Krejcie, R.V dan Morgan, D.W. Nilai alpha bagi soal selidik ialah, ? = 0.966. Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan elearning. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang maklumat yang berguna kepada pihak-pihak yang berkaitan agar dapat meningkatkan lagi tahap penggunaan e-learning serta memaksimumkan penggunaannya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penggunaan E-Learning
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10819
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Oct 2010 12:21
Last Modified:18 Apr 2012 13:11

Repository Staff Only: item control page