Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan Unsur Sejarah Matematik Dalam Menentukan Nilai Pi Dan Kebarangkalian

Kailani, Ismail and Abdul Rahim, Herlinda (2010) Penerapan Unsur Sejarah Matematik Dalam Menentukan Nilai Pi Dan Kebarangkalian. Penerapan Unsur Sejarah Matematik Dalam Menentukan Nilai Pi Dan Kebarangkalian . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
67kB

Abstract

Pada hari ini, proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan guru kerana guru lebih cenderung untuk menjadikan buku teks sebagai panduan dan rujukan mereka sepenuhnya. Ini bermakna, apa yang terdapat di dalam buku teks itulah yang diajar dan disalurkan kepada pelajar. Oleh itu, mereka selalu memberi fakta matematik sahaja dan menyebabkan pelajar berasa bosan dan menganggap matematik sebagai satu bidang yang terpisah dari kehidupan mereka. Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencadangkan agar unsur sejarah didedahkan kepada pelajar bagi menarik minat mereka. Ini selaras dengan salah satu daripada objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah iaitu menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Sebagai salah satu usaha untuk menjayakan cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia, kajian sejarah ini disediakan untuk mencadangkan penerapan unsurunsur sejarah di dalam matematik khasnya bagi topik Kebarangkalian dan juga pencarian pi. Selain itu, ia juga diharapkan dapat menjadi pembimbing kepada guru dengan menjadi sumber rujukan untuk menerapkan unsur sejarah sekaligus mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas. Ada di antara kaedah yang dibincangkan sesuai digunakan sebagai alternatif kepada kaedah yang digunakan sekarang, namun terdapat juga kaedah yang tidak sesuai dan lebih berfungsi untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan pemikiran ahli-ahli matematik zaman dahulu. Justeru itu, kebijaksanaan dan kemahiran guru dalam memilih maklumat yang sesuai dan mengaplikasikan kaedah yang dibincangkan di dalam kajian ini amatlah penting supaya para pelajar mendapat mesej yang ingin disampaikan dan mengelakkan kekeliruan pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kebarangkalian, matematik, pi, unsur sejarah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10818
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Oct 2010 12:19
Last Modified:15 Aug 2017 01:35

Repository Staff Only: item control page