Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Membangunkan Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (Abm) Bertajuk Pengangkutan Oksigen Di Dalam Badan Manusia Bagi Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3

Jonid, Muslim and Heng, Chai Yen (2010) Membangunkan Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (Abm) Bertajuk Pengangkutan Oksigen Di Dalam Badan Manusia Bagi Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3. Membangunkan Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (Abm) Bertajuk Pengangkutan Oksigen Di Dalam Badan Manusia Bagi Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3 . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
33kB

Abstract

Projek pembangunan perisian modul Alat Bantu Mengajar (ABM) yang dibangunkan ini bertajuk Pengangkutan Oksigen di dalam Badan Manusia Tingkatan 3 dalam bahasa Inggeris. Tujuan pembangunan perisian ABM ini adalah untuk menambahkan bilangan perisian modul ABM yang masih kekurangan terutamanya dalam bahasa Inggeris dan mengurangkan beban guru dalam penyediaan ABM. Perisian yang digunakan untuk membangunkan perisian modul ABM ialah Microsoft PowerPoint 2003, Adobe Photoshop CS2, Ulead Cool 3D 3.5, Sony Sound Forge 8.0, Ulead GIF Animator 5.0, Macromedia Flash 8.0, Macromedia Authorware 7.0 dan Sony Vegas 7.0. Perisian ini mengandungi unsur-unsur multimedia yang dapat menarik perhatian pelajar supaya pelajar lebih berminat untuk belajar tajuk ini. Penilaian formatif dan sumatif juga dimuatkan dalam sesi pengajaran serta sesi latihan. Glosari juga dimasukkan serta sokongan rangkaian komputer ang membenarkan guru membuat penerangan lanjutan serta menyampaikan maklumat terkini kepada pelajar. Dengan terhasilnya perisian ini amat mengharapkan ia dapat membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memaksimumkan keberkesanan perisian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Alat Bantu Mengajar (ABM), Pengangkutan Oksigen di dalam Badan Manusia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10816
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Oct 2010 12:15
Last Modified:15 Aug 2017 01:44

Repository Staff Only: item control page