Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keyakinan Guru Pelatih Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Ahmad Zanzali, Noor Azlan and Asri Atjeng, Hasriani (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keyakinan Guru Pelatih Semasa Menjalani Latihan Mengajar. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keyakinan Guru Pelatih Semasa Menjalani Latihan Mengajar . pp. 1-13. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
232Kb

Abstract

Kajian ini mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Responden terdiri daripada enam orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang sedang menjalani latihan mengajar dan empat orang guru pembimbing. Kajian ini memberi fokus kepada penguasaan mereka tentang pengetahuan ilmu matematik, pedagogi matematik dan psikologi pembelajaran. Kajian ini merumuskan bahawa ketiga-tiga faktor tersebut memberi kesan yang mendalam di dalam diri mereka seterusnya kepada hasil pengajaran mereka. Dengan menguasai ilmu matematik guru pelatih berkeyakinan untuk memberi jawapan apabila diajukan sebarang pertanyaan oleh pelajar. Penguasaan pedagogi matematik merupakan perkara yang amat penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada pelajar. Selain itu, memahami psikologi pembelajaran di dalam konteks menguji pemahaman pelajar tidak kurang pentingnya. Menguji pemahaman pelajar penting untuk mengenal pasti kelemahan pelajar. Ketiga-tiga faktor tersebut saling berkait di dalam mempengaruhi keyakinan guru pelatih untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Katakunci: keyakinan guru pelatih, latihan mengajar

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:keyakinan guru pelatih, latihan mengajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10814
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Oct 2010 12:11
Last Modified:30 Oct 2010 12:11

Repository Staff Only: item control page