Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Lukisan Terbantu Komputer (Autocad) : Langkah Demi Langkah Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Kbsm Tingkatan Empat

Saud, Muhammad Sukri and Mohamed Raimi, Halimatus Sa’adiah (2010) Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Lukisan Terbantu Komputer (Autocad) : Langkah Demi Langkah Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Kbsm Tingkatan Empat. Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Lukisan Terbantu Komputer (Autocad) : Langkah Demi Langkah Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Kbsm Tingkatan Empat . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
106kB

Abstract

Konteks kajian ini merangkumi pembinaan serta penilaian kesesuaian dua buah Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD) Langkah Demi Langkah: Tingkatan Empat. MPK merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang boleh digunakan sama ada di dalam ataupun di luar kelas. MPK yang dibina adalah MPK 1: Pengenalan dan Pengendalian Arahan AutoCAD 2006 dan MPK 2: Melukis Lukisan Kejuruteraan Menggunakan AutoCAD 2006. Pembinaan MPK adalah berdasarkan Model Teras-Cabang (Shaharom Noordin, 1994). Status kesesuaian MPK ini dinilai menggunakan Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) (Shaharom Noordin, 1994) melalui dua peringkat penilaian formatif iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Kedua-dua peringkat penilaian formatif yang dijalankan berdasarkan kesesuaian keseluruhan dan satu pemboleh ubah bebas iaitu tempoh pengalaman mengajar. Empat orang guru Lukisan Kejuruteraan terlibat dalam peringkat PFSS dan lapan orang di dalam peringkat PFKK. Data yang diperolehi dianalisis secara statistic deskriptif dalam bentuk min markat, markat maksimum dan minimum. Hasil kajian mendapati status dua MPK yang dibina adalah “Sesuai” pada peringkat PFSS dengan min keseluruhan 90.25 dan “Amat Sesuai” pada peringkat PFKK dengan min keseluruhan 97.82. Berdasarkan tempoh pengalaman mengajar pula, kedua-dua kumpulan guru menyatakan MPK adalah “Sesuai” dalam PFSS dengan min market keseluruhan masing-masing 89.25 dan 91.25. Dalam PFKK guru yang mempunyai pengalaman sama atau kurang dari lima tahun menyatakan status MPK adalah “Amat Sesuai” dengan min markat keseluruhan 99.00, manakala guru yang mempunyai pengalaman lebih dari lima tahun menyatakan status MPK adalah “Sesuai” dengan min markat keseluruhan 96.00.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD), Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10811
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:29 Oct 2010 14:19
Last Modified:15 Aug 2017 01:37

Repository Staff Only: item control page