Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Sulaiman , Seth and Mohd Razali, Mohd Zawawi (2010) Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains. Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
107kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kognitif pelajar pada aras pengetahuan, aras kefahaman dan aras aplikasi berdasarkan Taksonomi Bloom bagi pelajar Tingkatan Empat di sekolah menengah di dalam Daerah Kluang Johor. Soal selidik yang mengandungi 30 soalan objektif digunakan untuk mengumpul data yang diedarkan secara rawak kepada 102 orang pelajar Tingkatan Empat di tiga buah sekolah menengah di dalam Daerah Kluang, Johor. Darjah kebolehpercayaan alpha Croncbach bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ?=0.74 . Statistik yang digunakan adalah min, sisihan piawai, markat maksimum dan markat minimum, peratusan, ujian-t dan ANOVA satu hala. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kognitif pelajar pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam tahap kognitif antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Sebaliknya tahap kognitif pelajar berhubung kait dengan faktor etnik seseorang pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kognitif pelajar, taksonomi bloom
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10807
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:29 Oct 2010 02:55
Last Modified:29 Oct 2010 02:55

Repository Staff Only: item control page