Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Stres Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Muhammad, Azhar and Abd. Razak, Shamsiah (2010) Stres Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Semasa Menjalani Latihan Mengajar. Stres Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Semasa Menjalani Latihan Mengajar . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
114kB

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti masalah stres dalam kalangan guru pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalani latihan mengajar. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan stres dan cara-cara guru pelatih menangani stres tersebut. Seramai 269 orang pelajar tahun tiga dan empat Fakulti Pendidikan daripada 14 program pengajian yang telah menjalani latihan mengajar telah diambil sebagai sampel kajian. Set soal selidik mengandungi 49 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α = 0.960. Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan wujudnya masalah stres dalam kalangan guru pelatih dan berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.11. Manakala faktor utama yang menyebabkan stres ialah faktor kewangan dengan nilai min 3.77. Majoriti guru pelatih menangani stres dengan berfikir secara positif terhadap bebanan yang dihadapi dengan nilai min 4.34. Antara cadangan kajian ini ialah pihak fakulti sewajarnya memberikan pendedahan awal kepada bakal guru pelatih mengenai pengurusan stres yang betul.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:stress, guru pelatih, latihan mengajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10806
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:29 Oct 2010 02:52
Last Modified:24 May 2017 06:47

Repository Staff Only: item control page