Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengetahuan Dan Pengamalan Sanitasi Makanan Di Lapan Buah Kantin Sekolah Rendah Di Bandar Kuantan

Abdul Rahman , Mohd Anuar and Alias, Zamaliah (2010) Pengetahuan Dan Pengamalan Sanitasi Makanan Di Lapan Buah Kantin Sekolah Rendah Di Bandar Kuantan. Pengetahuan Dan Pengamalan Sanitasi Makanan Di Lapan Buah Kantin Sekolah Rendah Di Bandar Kuantan . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
35kB

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali kantin sekolah rendah di lapan buah sekolah di bandar Kuantan. Seramai empat puluh orang responden yang terdiri daripada pengendali kantin sekolah rendah dan lima puluh tiga orang terdiri daripada guru-guru yang memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa kantin sekolah dari lapan buah sekolah di sekitar bandar Kuantan. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai alpha bagi soal selidik untuk pengendali kantin sekolah ialah 0.84 dan untuk AJK Kantin sekolah pula ialah 0.85. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS versi 14.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis melalui ujian-t dan ANOVA Sehala. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan dikalangan pengendali kantin di lapan buah sekolah rendah adalah tinggi dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara AJK kantin lelaki dan AJK perempuan sekolah rendah terhadap pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali kantin sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan pengetahuan sanitasi makanan berdasarkan pengalaman di kalangan pengendali kantin di lapan buah sekolah rendah di bandar Kuantan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak yang terlibat untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali kantin sekolah rendah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:sanitasi makanan, bandar Kuantan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10804
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:29 Oct 2010 02:47
Last Modified:29 Oct 2010 02:47

Repository Staff Only: item control page