Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerimaan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan PPBK: Kajian Kes Terhadap Guru Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Atan, Noor Azean and Naraman, Siti Khatijah (2010) Penerimaan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan PPBK: Kajian Kes Terhadap Guru Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Penerimaan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan PPBK: Kajian Kes Terhadap Guru Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
121kB

Abstract

Pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer merupakan agenda penting pada zaman era teknologi maklumat. Inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji aspek penerimaan guru pelatih terhadap penggunaan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Aspek yang dikaji ialah kebergunaan (usefulness), rekabentuk perisian, kesenangan untuk digunakan (ease to use) dan keseronokan mengguna. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data-data dan seramai 74 orang responden telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Science Social (SPSS 11.5). Analisis deskriptif dan analisis Oneway ANOVA telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan aspek yang dikaji mempunyai nilai min 4.25 (kebergunaan), 4.03 (rekabentuk perisian), 3.97 (kesenangan untuk digunakan) dan 3.76 (keseronokan mengguna). Terdapat perbezaan yang signifikan antara penerimaan penggunaan PPBK di kalangan responden daripada kursus SPT dengan responden daripada kursus SPK tetapi tidak di kalangan responden daripada kursus SPT dengan responden daripada kursus SPP dan antara responden daripada kursus SPP dengan responden daripada kursus SPK. Oleh demikian, ini menunjukkan guru pelatih dapat menerima penggunaan PPBK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu di peringkat sekolah mahupun di universiti.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:PPBK, penerimaan guru pelatih
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10803
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:29 Oct 2010 02:45
Last Modified:29 Oct 2010 02:45

Repository Staff Only: item control page