Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penguasaan Dan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajarpelajar PKPG Kemahiran Hidup Universiti Teknologi Malaysia

Abdul Latif, Adibah and Abu Hanifah, Azizah (2010) Penguasaan Dan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajarpelajar PKPG Kemahiran Hidup Universiti Teknologi Malaysia. Penguasaan Dan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajarpelajar PKPG Kemahiran Hidup Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-13. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
348kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 120 orang pelajar tahun 4, Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah dijadikan responden untuk kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 11.5 bertujuan untuk mendapatkan nilai peratus, kekerapan, min, Ujian-t dan korelasi. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris responden adalah pada tahap sederhana dan terdapat hubungan yang signifikan di antara penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan bahasa Inggeris manakala terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan bahasa Inggeris merentas jantina.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bahasa Inggeris, tahap penguasaan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10799
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:28 Oct 2010 14:23
Last Modified:15 Aug 2017 00:55

Repository Staff Only: item control page