Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah Pembelajaran Pelajar Tahun Empat Program Khas Pensiswazahan Guru(Kemahiran Hidup) Di Universiti Teknologi Malaysia

Sihes, Ahmad Johari and Ei, Siew Moi (2010) Masalah Pembelajaran Pelajar Tahun Empat Program Khas Pensiswazahan Guru(Kemahiran Hidup) Di Universiti Teknologi Malaysia. Masalah Pembelajaran Pelajar Tahun Empat Program Khas Pensiswazahan Guru(Kemahiran Hidup) Di Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
182kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah pembelajaran pelajar Tahun Empat Program Khas Pensiswazahan Guru (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia. Persoalan yang dikaji menyentuh aspek beban kerja, masalah pengurusan masa, peranan pensyarah, penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan masalah kewangan. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada keseluruhan pelajar tahun 4SPH iaitu seramai 114 orang. Instrumen kajian berbentuk soal selidik yang memuatkan item-item untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden dan persoalan kajian. Skala yang digunakan ialah skala Likert lima poin. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS 15.0) untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkkan bahawa responden mempunyai masalah dari aspek beban kerja, pengurusan masa, peranan pensyarah dan kewangan pada tahap sederhana manakala masalah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran pada tahap yang tinggi. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak fakulti untuk membantu menangani masalah pembelajaran di kalangan pelajar semasa mereka mengikuti kursus di Universti Teknologi Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:masalah pembelajaran, pelajar Tahun Empat, Program Khas Pensiswazahan Guru (Kemahiran Hidup)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10797
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:28 Oct 2010 14:17
Last Modified:15 Aug 2017 01:09

Repository Staff Only: item control page