Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penguasaan Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi Dan Mengawal Pemboleh Ubah Di Kalangan Pelajar Pendidikan Sains UTM

Jonid , Muslim and Wan Razab, Wan Noraini (2010) Tahap Penguasaan Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi Dan Mengawal Pemboleh Ubah Di Kalangan Pelajar Pendidikan Sains UTM. Tahap Penguasaan Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi Dan Mengawal Pemboleh Ubah Di Kalangan Pelajar Pendidikan Sains UTM . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
120Kb

Abstract

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menguji tahap penguasaan kemahiran mendefinisi secara operasi dan kemahiran mengawal pemboleh ubah di kalangan pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) di Universiti Teknologi Malaysia. Responden seramai 71 orang adalah terdiri daripada pelajar tahun dua, tahun tiga dan tahun empat bagi yang mengikuti program pendidikan sains ini. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan set soalan ujian berbentuk subjektif berstruktur yang mengandungi 23 soalan yang merangkumi kedua-dua kemahiran mendefinisi secara operasi dan kemahiran mengawal pemboleh ubah. Kebolehpercayaan alat kajian ini adalah bernilai ? = 0.753. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam bentuk min, sisihan lazim, markah maksimum, markah minimum dan peratus telah digunakan sebagai tatacara menganalisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kedua-dua kemahiran mendefinisi secara operasi dan mengawal pemboleh ubah adalah pada tahap yang baik. Ini menunjukkan bahawa generasi pada hari ini menyedari akan kepentingan memahami dan menguasai kemahiran proses sains untuk melahirkan generasi cemerlang, gemilang dan terbilang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10795
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:28 Oct 2010 11:08
Last Modified:28 Oct 2010 11:08

Repository Staff Only: item control page