Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Prestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen Movement Assessment Battery For Children (MABC)

Mohdnor, Mohad Anizu and Md. Shariff, Ernie Suliana (2010) Prestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen Movement Assessment Battery For Children (MABC). Prestasi Kemahiran Motor Halus Dan Motor Kasar Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran Menggunakan Instrumen Movement Assessment Battery For Children (MABC) . pp. 1-5. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
30kB

Abstract

Perkembangan kemahiran motor halus dan motor kasar seseorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi badan. Namun kanak-kanak pendidikan khas berbeza daripada kanak-kanak biasa atupun sederhana dari segi mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf, otot, fizikal, tingkahlaku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan. Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui prestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran. Kajian ini penting kerana pengukuran prestasi kemahiran motor halus dan motor kasar di kalangan kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen ujian yang telah diterima pakai di peringkat antarabangsa masih kurang dilaksanakan dan tiada hasil penyelidikan didokumenkan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian eksperimental. Seramai 22 orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran berumur 7 hingga 14 tahun daripada pelbagai jenis kecacatan seperti autisme, ceberal palsi, sindrom down dan slow learner di SK Taman Universiti 4, Skudai Johor terlibat dalam penyelidikan ini. Pengumpulan data melalui ujian Movement Assessment Battery For Children yang telah dibangunkan oleh Harcourt Assessment. Ujian ini mengandungi 3 bahagian iaitu Manual Dexterity, Ball Skill serta Static and Dinamic Balance. Data yang dikumpul untuk dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel. Melalui ujian yang dilakukan, 56.25 % daripada semua subjek telah menyelesaikan kesemua ujian. Daripada keputusan ujian, perbezaan umur dan kecacatan mempengaruhi tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran. Kesimpulannya, kajian seperti ini amat diperlukan bagi membantu meningkatkan prestasi kanak-kanak masalah pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran motor halus dan motor kasar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10793
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:28 Oct 2010 11:04
Last Modified:21 May 2017 02:37

Repository Staff Only: item control page