Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Aliran Sains Tahun Dua Fakulti Pendidikan Dari Segi Sikap, Minat Dan Persekitaran Pembelajaran Yang Positif Sebelum Menjalani Latihan Mengajar

Arshad , Mohammad Yusof and Sharif, Nurul Izzah (2010) Persepsi Pelajar Aliran Sains Tahun Dua Fakulti Pendidikan Dari Segi Sikap, Minat Dan Persekitaran Pembelajaran Yang Positif Sebelum Menjalani Latihan Mengajar. Persepsi Pelajar Aliran Sains Tahun Dua Fakulti Pendidikan Dari Segi Sikap, Minat Dan Persekitaran Pembelajaran Yang Positif Sebelum Menjalani Latihan Mengajar . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
87Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar aliran sains tahun dua fakulti pendidikan dari segi sikap, minat dan persekitaran pembelajaran yang positif sebelum menjalani latihan mengajar. Sampel kajian terdiri daripada 132 orang pelajar aliran sains tahun dua Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan diwakili oleh pelajar-pelajar daripada enam kursus berlainan iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) – SPC, Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) - SPF, Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Serta Pendidikan (Kimia) - SPK, Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi serta pendidikan ((Fizik) -SPP, Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) – SPN, Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) – SPM, Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) – SPT. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi dua bahagian utama iaitu maklumat berkenaan latar belakang responden dan persoalan kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan SPSS 11.5 (Statistical Package for Social Science) bagi mendapatkan nilai min, kekerapan dan sisihan piawai. Kajian Rintis telah dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Hasil kajian rintis mendapati nilai ? = 0.93. Berdasarkan kajian sebenar yang dijalankan oleh penyelidik mendapati persepsi sikap, minat dan persekitaran pembelajaran yang positif sebelum menjalani latihan mengajar guru-guru pelatih berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, guru-guru pelatih ini telah bersedia untuk menjalani latihan mengajar. Oleh yang demikian, guru-guru pelatih ini mampu membawa aspirasi kerajaan dalam mendidik anak-anak muridnya menjadi insan yang cemerlang baik dari segi akademik mahupun dari segi sahsiah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:sikap, minat, persekitaran pembeljaran yang positif, latihan mengajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10791
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:28 Oct 2010 11:01
Last Modified:28 Oct 2010 11:01

Repository Staff Only: item control page