Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Mahasiswa SPI Terhadap Amalan Gaya Hidup Sihat Menurut Islam Dalam Aspek Penjagaan Kesihatan Dan Pemakanan

Haron, Zulkiflee and Husain, Suhaida (2010) Persepsi Mahasiswa SPI Terhadap Amalan Gaya Hidup Sihat Menurut Islam Dalam Aspek Penjagaan Kesihatan Dan Pemakanan. Persepsi Mahasiswa SPI Terhadap Amalan Gaya Hidup Sihat Menurut Islam Dalam Aspek Penjagaan Kesihatan Dan Pemakanan . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
158Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi mahasiswa SPI terhadap amalan gaya hidup sihat menurut Islam dalam aspek penjagaan kesihatan dan pemakanan. Objektif kajian ini adalah mengetahui tahap kefahaman terhadap amalan gaya hidup sihat menurut Islam, faktorfaktor yang mempengaruhi penjagaan kesihatan dan pemakanan serta implimentasi terhadap penjagaan kesihatan dan pemakanan. Satu set soal selidik yang mengandungi 45 item telah diedarkan kepada 109 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar SPI. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian statistical package for social science version 14.0 for windows. Nilai kebolehpercayaan ialah ? = 0.889. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi yang positif terhadap penjagaan kesihataan dan pemakanan dalam gaya hidup sihat menurut Islam serta memberi maklum balas yang baik terhadap implimentasi penjagaan kesihatan dan pemakanan seperti solat, puasa, riadah pemakanan sihat, dan sebagainya dalam kehidupan seharian. Sebagai maklum balas terhadap kajian yang dijalankan, beberapa cadangan dikemukakan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan terhadap penjagaan kesihatan dan pemakanan di kalangan masyarakat umumnya. Katakunci : mahasiswa SPI, amalan gaya hidup sihat menurut Islam, aspek penjagaan kesihatan dan pemakanan

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:mahasiswa SPI, amalan gaya hidup sihat menurut Islam, aspek penjagaan kesihatan dan pemakanan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10789
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Oct 2010 15:56
Last Modified:27 Oct 2010 15:56

Repository Staff Only: item control page