Hassan, Johari and A. Safar, Sutinah (2010) Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar Menerusi Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar Menerusi Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
138kB |
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perkaitan pembinaankecemerlangan diri pimpinan pelajar menerusi penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Ia jugauntuk melihat hubungan di antara aspek kecemerlangan diri bagi pembinaan sahsiah diri dengankepimpinan dan kepimpinan dengan aktiviti akademik. Kajian ini juga untuk melihat perbezaanaspek kepimpinan diri responden Kajian ini berbentuk deskriptif yang melibatkan 166 orangpelajar yang memegang pelbagai jawatan dalam aktiviti kokurikulum di UTM denganmenggunakan kaedah rawak mudah. Instrumen kajian merupakan set soal selidik dengan tahapkebolehpercayaan 0.75. Data di kumpul dan dianalisis menggunakan SPSS 10.0 untukmendapatkan frekuensi, peratus, min, ujian-t dan korelasi, dan kemudiannya dipersembahkandalam bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan responden memberi maklum balas positifterhadap pembinaan sahsiah diri, kepimpinan dan aktiviti akademik menerusi aktivitikokurikulum dengan skor min keseluruhan adalah 4.13. Melalui ujian korelasi pearsonmenunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua hubungan yang dikaji.Daripada segi jantina, ujian-T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspekkepimpinan diri responden. Pada keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa pembinaankecemerlangan diri menerusi penglibatan dalam kokurikulum di kalangan pemimpin pelajar diUniversiti Teknologi Malaysia adalah positif.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kecemerlangan diri pimpinan pelajar, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10788 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 27 Oct 2010 15:54 |
Last Modified: | 22 Feb 2017 03:33 |
Repository Staff Only: item control page