Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya Hidup Remaja Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Peteri Resort, Pasir Gudang, Johor.

Abd Ghani, Faizah and Loganathan, Thilagawathy (2010) Gaya Hidup Remaja Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Peteri Resort, Pasir Gudang, Johor. Gaya Hidup Remaja Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Peteri Resort, Pasir Gudang, Johor. . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
92kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pola kecenderungan gaya hidup remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kecenderungan gaya hidup remaja, faktor yang mempengaruhi pola gaya hidup remaja dan hubungan di antara pola kecenderungan dengan faktor yang mempengaruhi gaya hidup remaja. Seramai 140 pelajar daripada 220 pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor Bahru dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Soal selidik pola kecenderungan remaja yang dibina oleh penyelidik digunakan dalam kajian ini. Soal selidik ini mempunyai nilai cronbach alpha 0.785. Selain itu, soal selidik faktor yang dibina oleh Mustafa Kamal yang mempunyai kebolehpercayaan cronbach alpha 0.8 digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort lebih cenderung kepada agama, diikuti dengan akademik dan hiburan manakala tidak cenderung kepada seksual. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa faktor utama yang mempengaruhi gaya hidup remaja adalah faktor keluarga diikuti oleh rakan sebaya dan media massa. Analisis infrensi kolerasi Pearson ‘r’ digunakan untuk melihat hubungan antara kecenderungan pola gaya hidup remaja dengan faktor yang mempengaruhinya. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dalam keadaan positif antara faktor keluarga dengan kecenderungan akademik dan agama manakala hubungan yang signifikan dalam keadaan negatif terhadap faktor keluarga dengan kecenderungan seksual. Dari segi faktor rakan sebaya pula, terdapat hubungan yang signifikan dalam keadaan positif terhadap kecenderungan seksual dan hiburan, manakala hubungan yang signifikan dalam keadaan negatif terhadap kecenderungan akademik dan agama. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor media massa dengan kecenderungan hiburan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gaya hidup remaja
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10786
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Oct 2010 15:49
Last Modified:15 Aug 2017 00:29

Repository Staff Only: item control page