Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Pembangunan Modal Insan Di Kalangan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan UTM.

Sulong, Abdullah and Sugiman, Siti Zainab (2010) Faktor-Faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Pembangunan Modal Insan Di Kalangan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan UTM. Faktor-Faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Pembangunan Modal Insan Di Kalangan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan UTM. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
49kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri pelajar serta mengkaji faktorfaktor yang mempunyai hubungan dengan pembangunan modal insan tersebut. Antara faktorfaktornya ialah faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor keilmuan, faktor persekitaran dan faktor undang-undang. Responden kajian ini adalah pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM sesi 2008/2009 iaitu seramai 143 pelajar. Satu set soal selidik yang mengandungi 54 item telah diedarkan kepada responden. Analisis deskriptif dibuat untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science version 12.0 for Windows. Ia juga dianalisis secara statistik inferensi dengan menggunakan korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara pembangunan modal insan di kalangan pelajar dengan faktor-faktor yang dikaji. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.841. Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan bahawa persepsi dan ciri-ciri modal insan dalam diri responden berada pada tahap nilai min yang tinggi iaitu 4.372 dan 4.199. Manakala faktor keluarga, rakan sebaya, keilmuan, dan persekitaran berada pada tahap nilai min yang tinggi iaitu masing-masing 4.33, 4.172, 4.392, 3.941 dan faktor undang-undang pada tahap sederhana iaitu 3.478. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pembangunan modal insan di kalangan pelajar dengan faktor keilmuan iaitu r = 0.652, faktor rakan sebaya iaitu r = 0.597, faktor keluarga iaitu r = 0.486, faktor persekitaran r = 0.459 dan faktor undang-undang iaitu r = 0.199. Beberapa cadangan dikemukakan bagi penambahbaikan hasil daripada rumusan kajian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembangunan modal insan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10785
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Oct 2010 15:46
Last Modified:15 Aug 2017 00:27

Repository Staff Only: item control page