Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes

Mohd. Noor, Mohad Anizu and Mohamad, Siti Salwa (2010) Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes. Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
42kB

Official URL: http://www.academia.edu/2822498/Faktor_Di_Antara_M...

Abstract

Motivasi merujuk kepada tujuan untuk menggerakkan sesuatu dan keinginan aksi dalam aktiviti pendidikan luar. Oleh itu objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau dan mengenalpasti hubungan motivasi intrinsik dan ekstrinsik ke atas penglibatan para pelajar 1 SPS di UTM terhadap aktiviti pendidikan luar. Faktor-faktor yang dilihat dalam kajian ini adalah berkaitan samaada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik di mana motivasi intrinsik merangkumi faktor-faktor seperti faktor sikap, kemahiran, minat, kecergasan dan keseronokkan. Manakala motivasi ekstrinsik pula merangkumi faktor-faktor seperti faktor popular, mobiliti sosial, kepujian, dorongan dan faktor ganjaran. Kajian ini penting kerana ia dapat membantu semua pihak terutamanya para pelajar, pihak pengurusan Fakulti Pendidikan dan pihak Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan bermotivasi tinggi dalam mengendalikan aktiviti pendidikan luar apabila mereka berada di sekolah kelak. Untuk tujuan kajian seramai 24 orang pelajar 1 SPS, UTM yang juga merupakan bakal guru merangkap sebagai jurulatih telah dipilih untuk dijadikan responden. Mereka dikehendaki menjawab soal selidik jenis Likert. Hasil keseluruhan dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS For Windows version 16.0 (Statistical Package For ScienceSocial). Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menunjukkan tahap faktor motivasi intrinsik adalah lebih berpengaruh berbanding dengan faktor motivasi ekstrinsik. Ini kerana perbezaan min diantara kedua-dua faktor motivasi tersebut adalah 0.8. Diharapkan pada masa akan datang masih ada ramai lagi pengkaji-pengkaji yang berminat untuk meneruskan kajian dalam bidang psikologi ini khususnya kajian dalam jenis motivasi. Semua pihak haruslah melihat kajian ini dari sudut positif dan sama-sama berganding bahu dan sedar akan tanggungjawab masing-masing bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara khususnya dalam bidang Pendidikan Jasmani, Pendidikan Luar dan Rekreasi di Negara ini supaya ianya setaraf pentingnya dengan bidang yang lain. Kesimpulan, faktor motivasi intrinsik lebih berpengaruh dari faktor motivasi ekstrinsik. Hal ini kerana mereka mempunyai pandangan yang positif untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang aktiviti pendidikan luar dari segi kemahiran dan secara tidak lansung mereka merasa cergas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran yang lumayan supaya apabila menjadi guru dan jurulatih kelak mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:motivasi intrinstik dan ekstrinstik, penglibatan pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10784
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Oct 2010 15:42
Last Modified:27 Feb 2017 07:42

Repository Staff Only: item control page