Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan Penggunaan Oksigen Maksimum (VO2max ) Di Antara Atlet Sukma Dan Atlet Yang Tidak Layak Menyertai Sukma 2008 Bagi Acara Renang

Mohd. Hashim, Asha Hasnimy and Abdul Aziz, Abu Salman (2010) Perbandingan Penggunaan Oksigen Maksimum (VO2max ) Di Antara Atlet Sukma Dan Atlet Yang Tidak Layak Menyertai Sukma 2008 Bagi Acara Renang. Perbandingan Penggunaan Oksigen Maksimum (VO2max ) Di Antara Atlet Sukma Dan Atlet Yang Tidak Layak Menyertai Sukma 2008 Bagi Acara Renang . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
143kB

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan membuat perbandingan penggunaan oksigen maksimum (VO2max) di antara atlet SUKMA dan atlet yang tidak layak menyertai SUKMA 2008 bagi acara renang. Tiga orang subjek bagi setiap kumpulan atlet renang yang layak dan tidak layak menyertai SUKMA 2008 telah dipilih. Subjek yang dipilih adalah berumur 14 hingga 19 tahun dan berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan iaitu sihat tubuh badan, tidak terlibat dengan penyakit kardiovaskular atau sebarang penyakit berbahaya dan bebas daripada rawatan perubatan. Subjek diuji dengan menggunakan treadmill mengikut Protokol Bruce. Data mentah dianalisa dengan menggunakan program Statistical Package For Social Science 13.0 (SPSS 13.0). Hipotesis dalam kajian ini diuji mengikut penganalisaan secara statistik yang melibatkan ujian-t. Daripada analisis ujian-t,didapati jumlah pengambilan VO2max di antara atlet yang layak dan atlet yang tidak layak menyertai SUKMA 2008 tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dalam ujian yang dijalankan iaitu ujian-t bersamaan dengan nilai t = 1.00. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan VO2max bagi kedua-dua kumpulan atlet tersebut.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:atlet SUKMA, oksigen maksimum (VO2max), renang
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10782
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Oct 2010 15:34
Last Modified:26 Feb 2017 03:10

Repository Staff Only: item control page