Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Bahasa Inggeris Bagi Subjek Asas Penyediaan Makanan Dan Pemakanan (SPL 1112) Dalam Kalangan Pelajar Dua Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Boon, Yusof and Kamis, Alwahidah (2010) Penggunaan Bahasa Inggeris Bagi Subjek Asas Penyediaan Makanan Dan Pemakanan (SPL 1112) Dalam Kalangan Pelajar Dua Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Penggunaan Bahasa Inggeris Bagi Subjek Asas Penyediaan Makanan Dan Pemakanan (SPL 1112) Dalam Kalangan Pelajar Dua Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
177kB

Abstract

Kajian kes ini bertujuan mengkaji tentang Penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112) dalam kalangan pelajar dua Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kepada 89 orang responden. Kajian ini telah dijalankan di sekitar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Fokus utama kajian ini adalah berdasarkan empat persoalan kajian iaitu persepsi pelajar, strategi pensyarah, sumber sokongan yang digunakan pelajar dan masalah yang dihadapi pelajar ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dalam bahasa Inggeris. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar dua SPH telah memberikan tanggapan positif terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek ini. Menurut responden, pensyarah telah menggunakan strategi yang amat berkesan iaitu dengan menggunakan dwi bahasa ketika mengajar. Hasil kajian juga mendapati, pelajar telah menggunakan internet sebagai bahan sokongan untuk menguasai subjek ini. Namun begitu, beberapa masalah pelajar terutamanya masalah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris telah dikenalpasti. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memastikan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek ini akan memberikan kebaikan yang berpanjangan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Penyediaan Makanan dan Pemakanan, Penggunaan bahasa Inggeris
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10781
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Oct 2010 15:31
Last Modified:15 Aug 2017 00:36

Repository Staff Only: item control page