Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan Unsur Sejarah Matematik Bagi Nombor Negatif Di Sekolah Menengah Rendah

Kailani, Ismail and Asbullah, Muhammad Asyraf (2010) Penerapan Unsur Sejarah Matematik Bagi Nombor Negatif Di Sekolah Menengah Rendah. Penerapan Unsur Sejarah Matematik Bagi Nombor Negatif Di Sekolah Menengah Rendah . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
35kB

Abstract

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menyatakan bahawa penekanan yang sewajarnya perlu diberikan kepada usaha untuk menghargai dan menghayati keindahan matematik. Unsur-unsur sejarah seperti riwayat hidup ahli-ahli matematik atau peristiwa tertentu dalam perkembangan matematik itu sendiri, dapat memberangsangkan lagi minat murid terhadap sesuatu tajuk. Justeru, kajian ini telah dijalankan dengan menerapkan unsur sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi topik nombor negatif. Tumpuan kajian adalah kepada perkembangan dan penerokaan konsep nombor negatif melalui rentetan sejarahnya serta kaedah-kaedah yang pernah wujud bagi menjelaskan konsep sebenar nombor negatif. Selain itu kajian ini juga tertumpu kepada penggunaan awal nombor negatif dalam kehidupan serta penyelesaian yang melibatkan nombor negatif. Seterusnya tumpuan kajian adalah kepada beberapa cadangan aktiviti yang diterapkan unsur-unsur sejarah yang boleh digunakan guru dalam proses pengajaran bagi topik nombor negatif di bilik darjah. Kaedah-kaedah yang dicadangkan boleh dijadikan pengukuhan bagi kaedah pembelajaran sedia ada. Di bahagian akhir kajian, dikemukakan beberapa cadangan kajian lanjutan kepada yang berminat untuk meneruskan kesinambungan kajian ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), matematik, unsur-unsur sejarah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10780
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Oct 2010 15:28
Last Modified:15 Aug 2017 00:25

Repository Staff Only: item control page