Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Sistem Pengujian Adaptif Bagi Subjek Bahasa Pengaturcaraan C++

Atan, Noor Azean and Ab Kadir, Ayuni Farhana (2010) Pembangunan Sistem Pengujian Adaptif Bagi Subjek Bahasa Pengaturcaraan C++. Pembangunan Sistem Pengujian Adaptif Bagi Subjek Bahasa Pengaturcaraan C++ . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
31kB

Abstract

Dalam menuju wawasan 2020, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dalam mempertingkatkan pembangunan sistem berkomputer di pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Antara inisiatif yang diambil adalah memperkenalkan penggunaan komputer riba (laptop) bagi guru sains dan matematik di sekolah menengah dan rendah. Pembangunan sesuatu sistem dapat merancakkan lagi penggunaan komputer dan Information Technology (IT) dalam sistem pendidikan negara. Antara sistem yang mengintergrasikan tekologi dalam membangunkan sesuatu sistem adalah Intelligent Tutoring System (ITS) atau Intelligent Computer-Aided Instruction (ICAI). Sistem ini terdiri daripada pelbagai cabang dan sistem latih tubi adalah salah satu daripada cabang ITS/ICAI. Selaras dengan itu, penyelidik mengambil inisiatif untuk membangunkan sistem berpangkalan data yang dapat menilai tahap kognitif pelajar berdasarkan pengujian adaptif mengikut aras Taksonomi Bloom bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan C++. Penyelidik menggunakan model pembangunan ASSURE dalam pembinaan system pengujian ini. Model ini memerlukan penyelidik menganalisa pengguna, menyatakan objektif, memilih kaedah, media, dan bahan, menggunakan media dan bahan, memerlukan penglibatan pengguna, dan akhir sekali menilai dan membuat pengubahsuaian terhadap sistem yang dibangunkan. Perisian utama yang digunakan oleh penyelidik adalah Microsoft Visual Basic 6.0. Hasil daripada pembangunan ini, pelajar dapat mengetahui tahap kefahaman mereka bagi topik yang dipelajari. Selain itu juga, para pensyarah akan mengetahui tahap kefahaman pelajar mereka mengikut aras Taksonomi Bloom bagi topik yang diajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Bahasa Pengaturcaraan C++, pengujian adaptif
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10778
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Oct 2010 15:21
Last Modified:15 Aug 2017 00:39

Repository Staff Only: item control page