Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mereka Bentuk Dan Membangunkan Laman Web Berkenaan Bahan Bantu Mengajar Berorientasikan Pbk Untuk Subjek Matematik Sekolah Menengah

Yahaya, Noraffandy and Abd.Hamid, Zuraidah (2010) Mereka Bentuk Dan Membangunkan Laman Web Berkenaan Bahan Bantu Mengajar Berorientasikan Pbk Untuk Subjek Matematik Sekolah Menengah. Mereka Bentuk Dan Membangunkan Laman Web Berkenaan Bahan Bantu Mengajar Berorientasikan Pbk Untuk Subjek Matematik Sekolah Menengah . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
37Kb

Abstract

Matematik seringkali dikatakan matapelajaran yang sukar difahami oleh pelajar. Hal ini menyebabkan kegagalan pelajar untuk mendapat keputusan yang baik. Keadaan ini juga mungkin berkaitan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran matematik yang masih menggunakan kaedah konvensional menyebabkan pelajar menjadi kurang berminat untuk mempelajarinya. Oleh itu, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik sentiasa menjadi kerisauan utama para pembangun kurikulum matematik. Justeru, pembangun mendapat inisiatif daripada keadaan semasa ini dengan membangunkan satu laman web berkenaan Bahan Bantu Mengajar yang berorientasikan Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK) untuk subjek matematik dan sasaran pengguna laman web ini adalah kepada guru-guru matematik sekolah menengah. Laman web ini dibangunkan berasaskan Teori Pembelajaran Tertentu (L.S Vygotsky;1981) yang menekankan aspek komunikasi. Oleh itu para guru dari pelbagai tempat dapat berkomunikasi serta berkongsi idea dan maklumat dengan lebih mudah berkenaan pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea yang diperolehi itu diharap dapat membantu para guru mewujudkan suasana pengajaran yang lebih menarik. Maka dengan adanya suatu bahan pengajaran yang menggunakan teknologi terkini ini, diharap ianya dapat mengubah pandangan pelajar terhadap matapelajaran ini. Katakunci: matematik, Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:matematik, Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10777
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Oct 2010 15:18
Last Modified:27 Oct 2010 15:18

Repository Staff Only: item control page