Yahaya, Noraffandy and Abd.Hamid, Zuraidah (2010) Mereka Bentuk Dan Membangunkan Laman Web Berkenaan Bahan Bantu Mengajar Berorientasikan Pbk Untuk Subjek Matematik Sekolah Menengah. Mereka Bentuk Dan Membangunkan Laman Web Berkenaan Bahan Bantu Mengajar Berorientasikan Pbk Untuk Subjek Matematik Sekolah Menengah . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
38kB |
Abstract
Matematik seringkali dikatakan matapelajaran yang sukar difahami oleh pelajar. Hal ini menyebabkan kegagalan pelajar untuk mendapat keputusan yang baik. Keadaan ini juga mungkin berkaitan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran matematik yang masih menggunakan kaedah konvensional menyebabkan pelajar menjadi kurang berminat untuk mempelajarinya. Oleh itu, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik sentiasa menjadi kerisauan utama para pembangun kurikulum matematik. Justeru, pembangun mendapat inisiatif daripada keadaan semasa ini dengan membangunkan satu laman web berkenaan Bahan Bantu Mengajar yang berorientasikan Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK) untuk subjek matematik dan sasaran pengguna laman web ini adalah kepada guru-guru matematik sekolah menengah. Laman web ini dibangunkan berasaskan Teori Pembelajaran Tertentu (L.S Vygotsky;1981) yang menekankan aspek komunikasi. Oleh itu para guru dari pelbagai tempat dapat berkomunikasi serta berkongsi idea dan maklumat dengan lebih mudah berkenaan pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea yang diperolehi itu diharap dapat membantu para guru mewujudkan suasana pengajaran yang lebih menarik. Maka dengan adanya suatu bahan pengajaran yang menggunakan teknologi terkini ini, diharap ianya dapat mengubah pandangan pelajar terhadap matapelajaran ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | matematik, Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK) |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10777 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 27 Oct 2010 15:18 |
Last Modified: | 15 Aug 2017 00:23 |
Repository Staff Only: item control page