Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Kebangsaan

Yeo, Kee Jiar and Yahya, Arbayah (2010) Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Kebangsaan. Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Kebangsaan . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
100kB

Abstract

Kerja rumah sudah sinonim dengan kehidupan pelajar-pelajar di Malaysia. Kerja rumah memenuhi sebahagian besar kehidupan para pelajar di sekolah rendah, menengah dan menengah atas. Walaupun terdapat banyak laporan dalam akhbar yang mendakwa bahawa pelajar dibebani terlalu banyak kerja rumah, namun kerja rumah terus menjadi suatu amalan biasa kerana kerja rumah terbukti menyumbang terhadap pencapaian akademik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah kebangsaan. Dalam konteks kajian ini, tiga pembolehubah tidak bersandar telah dikaji iaitu masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan kerja rumah, jenis kerja rumah dan cara pengelolaan guru tehadap kerja rumah. Seramai 100 orang pelajar tahun lima dari tiga buah sekolah di sekitar Skudai, Johor telah diambil sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan berpandukan kaedah tinjauan secara soal selidik. Semua data diproses dengan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Analisis data dibahagikan kepada dua bahagian: deskriptif (melibatkan frekuensi dan peratus) dan inferensi (melibatkan Pearson Correlation Coefficient). Daripada data yang diperoleh, penyelidik mendapati bahawa secara keseluruhannya tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa dan cara pengelolaan kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Namun begitu, terdapat juga hubungan yang signifikan antara jenis kerja rumah (penerokaan) dengan pencapaian bagi mata pelajaran Matematik. Implikasi dan cadangan tentang kajian dibincangkan pada akhir kajian ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bahasa inggeris, Kerja rumah, matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10776
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Oct 2010 15:16
Last Modified:15 Aug 2017 00:34

Repository Staff Only: item control page