Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran Matematik

Said, Hamdan and Mohamad A’zmi, Surizan (2010) Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran Matematik. Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran Matematik . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
40kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesesuaian bahan bantu mengajar “Jangka Sudut Khas” bagi mata pelajaran Matematik dalam topik penjelmaan. Dalam kajian ini, kesesuaian penggunaan “Jangka Sudut Khas” dalam pengajaran dibandingkan dengan Kaedah Konvensional (menggunakan papan hitam dan kapur). Kajian ini menggunakan rekabentuk ujikaji dan dilakukan dengan membentuk dua kumpulan responden yang terdiri daripada empat puluh orang pelajar Tingkatan Lima berprestasi sederhana dalam matematik sebuah sekolah menengah di negeri Perak. Pelajar Tingkatan Lima dipilih dengan sebab mereka telah mempunyai pengalaman tentang kemahiran penjelmaan. Instrumen kajian ialah Ujian Pra dan Pasca. Kesemua responden diberi Ujian Pra sebelum sesi pengajaran dilaksanakan. Sesi amali menggunakan ”Jangka Sudut Khas” untuk Kumpulan Bahan Maujud dan kaedah biasa untuk Kumpulan Konvensional menyusuli. Selepas dua sesi pengajaran, Ujian Pasca diberi selama tiga puluh minit kepada semua responden. Markah Ujian Pra dan Pasca kedua-dua kumpulan dianalisa dengan statistic “Levene’s Test for Equality of Variances” dan “t-Test for Equality of Means”. Analisis data menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian responden tentang kefahaman kemahiran putaran yang diuji. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran kemahiran putaran bagi tajuk Penjelmaan dengan menggunakan “Jangka Sudut Khas” adalah lebih baik berbanding dengan Kaedah Konvensional. Guru boleh menggunakan “Jangka Sudut Khas” sebagai satu pilihan alternatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran topik Penjelmaan dalam subtopik Putaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bahan bantu mengajar, jangka sudut khas, matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10764
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Oct 2010 14:01
Last Modified:14 Aug 2017 08:53

Repository Staff Only: item control page