Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Untuk Topik Pecahan Tingkatan Satu Menggunakan Pendekatan Masteri

Md Salleh, Shaharuddin and Napiah, Siti Rohani (2010) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Untuk Topik Pecahan Tingkatan Satu Menggunakan Pendekatan Masteri. Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Untuk Topik Pecahan Tingkatan Satu Menggunakan Pendekatan Masteri . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
140kB

Abstract

Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadi semakin penting dan telah menunjukkan kesan yang begitu mengagumkan. Pada umumnya para pelajar dapat membina daya kreativiti dan inovasi di samping cekap menggunakan teknologi dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Di samping itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik telah terbukti memberikan manfaat yang berguna kepada pelajar dalam menguasai konsep-konsep matematik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) untuk topik Pecahan tingkatan satu menggunakan pendekatan masteri. Pendekatan masteri adalah pendekatan pengajaranpembelajaran yang berfokus kepada penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara yang dipelajari (Abu Hasssan & Meor Ibrahim, 2006). Perisian yang dibangunkan berasaskan teori behaviorisme dan teori konigtivisme menggunakan strategi tutorial. Pembinaan perisian ini adalah berasaskan kepada model reka bentuk Hannafin dan Peck yang melibatkan proses tiga fasa. Dalam fasa pertama, analisis keperluan dan diikuti dengan fasa kedua iaitu fasa reka bentuk dan seterusnya dalam fasa ketiga, fasa pembangunan dan pelaksanaan. Semua fasa dalam model ini melibatkan proses penilaian dan pengulangan yang dijalankan dari semasa ke semasa mengikut peringkat fasa-fasa yang dinyatakan. Perisian yang dibangunkan merupakan mesra pengguna di mana pengguna bebas untuk mengawal pembelajaran. Perisian ini dibina berasaskan Macromedia Authorware 7.0 dan beberapa perisian sokongan yang lain iaitu Adobe Photoshop CS2, dan Macromedia Flash MX 2004. Penyebaran bagi perisian ini adalah menggunakan Compact Disc (CD) bagi memudahkan penyimpanan yang tidak memerlukan ruang yang besar. Diharap perisian ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar-pelajar khususnya pelajar tingkatan satu sejajar dengan perkembangan masa kini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisian pembelajaran berbantukan computer (PBK), pecahan, pendekatan masteri
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10763
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Oct 2010 13:58
Last Modified:14 Aug 2017 08:32

Repository Staff Only: item control page