Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Kamus Matematik Dinamik (M-Addict) Untuk Pelajar Tingkatan Empat Dan Lima

Tasir, Zaidatun and Md Saat, Siti Zubaidah (2010) Pembangunan Perisian Kamus Matematik Dinamik (M-Addict) Untuk Pelajar Tingkatan Empat Dan Lima. Pembangunan Perisian Kamus Matematik Dinamik (M-Addict) Untuk Pelajar Tingkatan Empat Dan Lima . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
119kB

Abstract

Sememangnya diketahui umum bahawa Matematik merupakan mata pelajaran yang berteraskan kepada bahasanya yang tersendiri. Pembelajaran Matematik peringkat Menengah Atas (tingkatan empat dan lima) banyak melibatkan istilah Matematik dan rumus atau formula tertentu yang perlu dikuasai oleh pelajar. Sejajar dengan pengeksploitasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan, pembangunan perisian kamus Matematik dinamik (MAddict) ini bertujuan memudahkan pelajar Menengah Atas untuk mencapai maklumat berkenaan istilah dan formula Matematik. Bagi menghasilkan interaksi yang lebih mesra pengguna, perisian ini mengintegrasikan beberapa elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, hypermedia, dan interaktiviti. Proses pembangunan perisian ini melalui tiga fasa utama dalam model Hannafin dan Peck iaitu Analisa Keperluan (Needs Assessment), Reka bentuk (Design), dan Pembangunan dan Perlaksanaan (Develop/Implementation). Selain dibangun menggunakan dua perisian utama iaitu Microsoft Visual Basic 6.0 dan Microsoft Access 2007, ianya juga menggunakan beberapa perisian sokongan seperti Adobe Photoshop CS3 dan lain-lain. M-Addict mengandungi lebih daripada 300 formula Matematik Tingkatan Empat dan Lima. Berbanding dengan pencarian maklumat secara tradisional seperti mencari maklumat dalam sesebuah buku rujukan yang tebal, penggunaan perisian Kamus Matematik ini menawarkan jangkauan masa capaian yang jauh lebih cepat. Justeru, pembangunan perisian kamus Matematik dinamik ini diharapkan dapat membantu mempelbagaikan alternatif bahan sokongan pembelajaran kendiri sekaligus meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses capaian sumber rujukan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisisan kamus matematik dianamik, (M-Addict)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10762
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Oct 2010 13:55
Last Modified:14 Aug 2017 08:42

Repository Staff Only: item control page