Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Yeo, Kee Jiar and Paimin, Siti Zamnah (2010) Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
134Kb

Abstract

Dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar, para guru perlu mengetahui faktorfaktor yang mempengaruhi pencapaian seperti kebolehan kognitif, ingatan, minat, kesediaan, persekitaran dan harga diri. Banyak dapatan kajian menunjukkan harga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian untuk mengenal pasti tahap harga diri dan pencapaian Matematik pelajar serta hubungan di antara kedua-dua pemboleh ubah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 220 orang pelajar tingkatan 2 di dua buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Populasi kajian dan sampel dipilih secara rawak. Alat kajian mengandungi 30 item soal selidik. Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar mempunyai tahap harga diri yang sederhana. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Pencapaian mata pelajaran Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi dengan pencapaian rendah dalam Matematik. Nilai pekali korelasi yang diperoleh menunjukkan terdapat hubungan yang negatif antara harga diri dengan pencapaian Matematik. Berdasarkan dapatan kajian, sewajarnya kajian selanjutnya dijalankan dengan melibatkan lebih pemboleh ubah dan sampel untuk mendapatkan suatu perspektif yang lebih menyeluruh tentang harga diri. Guru-guru pula disarankan melaksanakan strategi untuk meningkatkan harga diri pelajar selain fokus terhadap isi kandungan subjek. Katakunci : harga diri, pencapaian matematik

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:harga diri, pencapaian matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10761
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Oct 2010 13:52
Last Modified:26 Oct 2010 13:52

Repository Staff Only: item control page