Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Peraturan Dan Keselamatan Dalam Makmal Sains

Kamaruddin, Meor Ibrahim and Mustafa Kamal, Syamsul Anuar (2010) Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Peraturan Dan Keselamatan Dalam Makmal Sains. Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Peraturan Dan Keselamatan Dalam Makmal Sains . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
37kB

Abstract

Aktiviti di dalam makmal merupakan aspek penting dalam pengajaran inkuiri. Aspek–aspek keselamatan dalam makmal haruslah diberi perhatian khusus supaya makmal menjadi tempat yang selamat bagi menjalankan eksperimen. Selain guru, pelajar juga harus peka dengan peraturan dan keselamatan makmal. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap peraturan dan keselamatan dalam makmal sains. Dua aspek keselamatan telah diberi perhatian iaitu keselamatan dari segi pengetahuan dan dari segi sikap. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan jika terdapat perbezaan tahap kesedaran dikalangan kumpulan umur yang berbeza (tingkatan). Seramai 323 orang pelajar dari dua buah sekolah menengah di sekitar Johor Bahru telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Tumpuan diberi hanya pada pelajar-pelajar tingkatan 1, 2, dan 3 sahaja. Satu set soal selidik tentang keselamatan makmal telah digunakan untuk mengumpul data. Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran pelajar terhadap keselamatan makmal berada pada tahap sederhana. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam tahap kesedaran antara tingkatan 1, 2 dan 3. Beberapa cadangan bagi meningkatkan tahap keselamatan makmal telah diberi pada bahagian akhir kajian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:makmal, pengajaran inkuiri
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10759
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Oct 2010 13:44
Last Modified:14 Aug 2017 08:46

Repository Staff Only: item control page