Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem Penambahan Tekanan Udara Melalui Penghasilan Alat Wiz Pada Enjin Kenderaan

Saud, Muhammad Sukri and Wan Ishak, Wan Iszham (2010) Sistem Penambahan Tekanan Udara Melalui Penghasilan Alat Wiz Pada Enjin Kenderaan. Sistem Penambahan Tekanan Udara Melalui Penghasilan Alat Wiz Pada Enjin Kenderaan . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
48kB

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian alat rekacipta iaitu wiz merupakan sistem penambahan tekanan udara yang dicipta oleh pereka khas untuk enjin kenderaan. Objektif kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan alat wiz pada enjin kenderaan dapat meningkatkan kuasa kuda kenderaan, dapat membantu sistem brek berfungsi dengan lebih efektif serta dapat mengurangkan penggunaan bahan api ketika enjin dihidupkan. Untuk mengetahui kefungsian alat yang direka, pereka menjalankan pengujian di bengkel automotif di N 26 Universiti Teknologi Malaysia, manakala pengujian dynojet dynamometer ini dijalankan di bengkel automotif N 1 Racing, 68, jln PJS 11/7, Bandar Sunway,46150 Bandar Sunway Selangor, pengujian casis dynamometer bagi sistem brek dijalankan di PUSPAKOM, Lot 219, Taman Perindustrian Terbrau 3, 81100 Johor Bharu, Johor serta pengujian penggunaan bahan api dijalankan di lebuhraya utara - selatan. Empat buah kenderaan yang dipilih dijadikan sampel kajian ini. Analisis data dibuat berdasarkan kuasa kuda, peratusan, per juta (ppm) dan dalam unit liter. Hasil daripada penganalisisan data, didapati hasil peningkatan karbon monoksida 0.55 % (2.72 % - 3.27 %), pengurangan hidrokarbon 37 ppm (330 ppm – 293 ppm) serta pengurangan oksigen 0.14 % (1.26 % - 1.12 %). Manakala peningkatan kuasa kuda 1.93 kk (124.92 kk – 126.85 kk) kuasa maksimum dan 2.88 kk (135.97 kk – 138.85 kk) maksimum kuasa kilas diikuti dengan peningkatan cengkaman pada sistem brek kenderaan sebanyak 0.52 % (51,25 % - 51.5 %) dan pengurangan penggunaan bahan api sebanyak 0.016 liter (0.077 liter - 0.061 liter). Hasil analisis mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengujian ini telah membuktikan keberkesanan rekacipta alat “ wiz “ ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:enjin Kenderaan, sistem penambahan tekanan udara, wiz
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10758
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Oct 2010 13:41
Last Modified:14 Aug 2017 08:33

Repository Staff Only: item control page