Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang

Abdul Rahman, Mohd Anuar and Ali, Zamiyah (2010) Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang. Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang . pp. 1-12. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
269kB

Abstract

Pentaksiran Kerja Kursus KHB adalah salah satu bentuk format penilaian dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang menjadi teras untuk menjana modal insan yang cemerlang. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah yang dihadapi oleh guru-guru KHB semasa melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB di sekolah menengah luar bandar daerah Kuantan. Responden kajian terdiri daripada 63 orang guru yang mengajar mata pelajaran KHB dan terlibat dalam Pentaksiran Kerja Kursus KHB. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang dibina berdasarkan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus KHB dan telah diuji dengan nilai realibiti 0.89. Analisis data dibuat menggunakan perisian SPSS versi 14.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis melalui ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan guruguru KHB mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang sederhana tinggi serta mempunyai sikap yang positif dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB. Masalah yang dihadapi oleh guruguru KHB ialah tidak mempunyai masa mencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar serta mengganggap proses melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB mengganggu tugas-tugas lain. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap antara jantina dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus KHB di peringkat PMR.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pentaksiran Kerja Kursus KHB, Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10757
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Oct 2010 13:37
Last Modified:14 Aug 2017 08:44

Repository Staff Only: item control page