Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penguasaan Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian, Johor Darul Takzim

Boon, Yusof and Kamarudin, Shamsul (2010) Tahap Penguasaan Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian, Johor Darul Takzim. Tahap Penguasaan Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian, Johor Darul Takzim . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
69Kb

Abstract

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan amalan keselamatan di kalangan pelajar tingkatan empat semasa di bengkel kemahiran hidup. Sampel kajian adalah terdiri daripada 136 orang pelajar tingkatan empat lelaki dan perempuan yang belajar di Sekolah Menengah Dato Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian Johor Darul Takzim. Borang soal selidik digunakan untuk memperolehi frekuensi dan peratusan responden. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden, manakala bahagian B pula mengenai persoalan kajian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah ? = .924. Disamping itu, data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social ScienceFor Windows (SPSS) Version 14.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar mengenai amalan keselamatan berada pada tahap sederhana (min = 3.23), tahap pengetahuan pelajar tentang penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin berada pada tahap sederhana (min = 3.47) dan tahap pelajar mempraktikan langkah-langkah keselamatan ketika melakukan kerja-kerja amali juga berada pada tahap sederhana (min = 3.43). Secara keseluruhan dapatlah dirumuskan tahap penguasaan amalan keselamatan di kalangan pelajar semasa di bengkel kemahiran hidup adalah berada pada tahap sederhana (min = 3.38). Sebagai maklum balas kepada kajian yang dijalankan, beberapa cadangan untuk meningkatkan penguasaan pelajar-pelajar terhadap amalan keselamatan bengkel dikemukakan. Katakunci: bengkel kemahiran hidup, pelajar, penguasaan amalan keselamatan

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bengkel kemahiran hidup, pelajar, penguasaan amalan keselamatan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10750
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Oct 2010 15:44
Last Modified:25 Oct 2010 15:44

Repository Staff Only: item control page