Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Berasaskan Web : Pengurusan Jenazah

Mohamed, Ahmad Marzuki and Tangah, Roslan (2010) Pembangunan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Berasaskan Web : Pengurusan Jenazah. Pembangunan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Berasaskan Web : Pengurusan Jenazah . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
75kB

Abstract

Pembangunan laman web dalam bidang pendidikan telah menjadi kaedah pembelajaran padamasa kini. Ekoran daripada perkembangan yang pesat dalam multimedia, maka wujudlah konsep Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) berasaskan laman web. Walaupun terdapat pelbagai sumber lain, laman web merupakan medan yang terkini namun untuk mendapatkan maklumat melalui internet mengenai pengurusan jenazah dalam perihal tindakan awal kematian, memandikan, mengkapankan,menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah adalah terhad. Sehubungan dengan itu, Pembangunan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Berasaskan Web: Pengurusan Jenazah akan menambahkan lagi metod untuk mendapatkan maklumat dan menyalurkan maklumat. Laman web ini dibangunkan dengan menggabungkan beberapa perisian lain seperti MS-Frontpage 2003, Adobe Dreamweaver CS3,Adobe Flash CS3, Adobe Photoshop CS3, Swisk Max dan Sony Sound Forge 8. Laman web ini telah dimuat naik ke hosting yang disediakan oleh pembangun. Projek pembangunan laman web ini boleh diakses dari internet di mana jua terdapat talian internet. Justeru, pembangun telah menyediakan video diatas talian bagi memudahkan pengendali jenazah mengetahui cara yang betul dalam menguruskan jenazah. Semoga dengan laman web yang dibangunkan ini dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada bidang pendidikan di negara kita dan membantu umat Islam menunaikan tuntutan fardhu kifayah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pengurusan Jenazah, Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10748
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Oct 2010 15:38
Last Modified:19 Feb 2017 08:44

Repository Staff Only: item control page