Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej 16 Dan 17, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Said, Hamdan and Amat, Salihin (2010) Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej 16 Dan 17, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej 16 Dan 17, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
38kB

Abstract

Kajian bertajuk “Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej 16 dan 17 Universiti Teknologi Malaysia” ini bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan pelajar terhadap tujuh aspek kehidupan di Kolej 16 dan 17. Kualiti kehidupan pelajar ini ditinjau dari aspek persekitaran kolej, kemudahan dan perkhidmatan, layanan oleh staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa, pentadbiran pejabat pengurusan, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan dan program dan aktiviti. Kajian deskritif ini menggunakan soalselidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Seramai 249 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) dan dipaparkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan min. Dapatan kajian menunjukkan penghuni Kolej 16 dan 17 meletakkan kualiti kehidupan mereka berada pada tahap sederhana dalam aspek persekitaran, layanan kakitangan dan Jawatankuasa Mahasiswa, pentadbiran pejabat pengurusan, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti, dan kemudahan dan perkhidmatan. Kajian ini turut memberikan tindakan susulan dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kepuasan Mahasiswa, KehidupanKolej 16 dan 17, Kualiti, Universiti Teknologi Malaysia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10746
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Oct 2010 15:32
Last Modified:14 Aug 2017 08:28

Repository Staff Only: item control page