Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan PBK Bertajuk Trigonometri Yang Disediakan Oleh KPM Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Di Empat Buah Sekolah Di Johor Bahru

Md Salleh, Shaharuddin and Siaw, Chung Teck (2010) Keberkesanan PBK Bertajuk Trigonometri Yang Disediakan Oleh KPM Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Di Empat Buah Sekolah Di Johor Bahru. Keberkesanan PBK Bertajuk Trigonometri Yang Disediakan Oleh KPM Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Di Empat Buah Sekolah Di Johor Bahru . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
50kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi Tajuk Trigonometri yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah di Johor Bahru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat dipilih daripada empat buah sekolah menengah berkenaan. Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu satu set soalan ujian pencapaian matematik bagi Tajuk Trigonometri yang terdiri daripada 4 soalan struktur dan soalselidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min pencapaian ujian pra bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing tidak berbeza secara signifikan (t=-1.694, p>.05). Seterusnya dalam ujian pasca, didapati min pencapaian kumpulan kawalan dan min pencapaian kumpulan rawatan berbeza secara signifikan (t= -5.442, p<.05). Data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis secara deskriptif. Soalselidik ini dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor yang memberi keberkesanan PBK yang dibekalkan oleh KPM. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktorfaktor yang memberi keberkesanan PBK yang dibekalkan oleh KPM berdasarkan min tertinggi ialah kategori aktiviti (3.61), ini diikuti dengan kategori teknikal (3.59), kategori pengetahuan (3.57), kategori multimedia (3.54), kategori pencapaian objektif PBK (3.52) dan kategori isi kandungan PBK (3.48). Secara kesimpulannya, penggunaan bahan bantu mengajar berbantukan komputer telah memberi kesan positif ke atas pengajaran dan pembelajaran matematik untuk Tajuk Trigonometri Matematik Tingkatan Empat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK), Trigonometri
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10745
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Oct 2010 15:21
Last Modified:14 Aug 2017 08:17

Repository Staff Only: item control page