Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Mengikut Perspektif Guru

Hashim, Shahrin and Mohammad, Siti Hasmah (2010) Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Mengikut Perspektif Guru. Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Mengikut Perspektif Guru . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
57Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor penghalang penerapan cirri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut perspektif guru. Ianya melibatkan empat faktor iaitu pengetahuan, minat, sikap dan kurikulum. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan responden seramai 94 orang guru dari empat buah sekolah yang berbeza. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan mengandungi 32 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach dan nilai yang diperolehi ialah 0.86. Analisis deskriptif menggunakan nilai min, peratus serta kekerapan untuk menjawab persoalan kajian. Hasil dapatan menunjukkan pengetahuan merupakan faktor penghalang, manakala minat, sikap dan kurikulum bukan faktor penghalang dalam usaha menerapkan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa cadangan diberikan untuk mengatasi halangan penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Katakunci: keusahawanan, pengajaran dan pembelajaran

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:keusahawanan, pengajaran dan pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10744
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Oct 2010 15:16
Last Modified:25 Oct 2010 15:16

Repository Staff Only: item control page