Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universisti Teknologi Malaysia, Skudai Terhadap Ajaran Sesat Di Malaysia

Mohd. Yusof, Farahwahida and H. Ahpas, Taupik Lubis (2010) Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universisti Teknologi Malaysia, Skudai Terhadap Ajaran Sesat Di Malaysia. Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universisti Teknologi Malaysia, Skudai Terhadap Ajaran Sesat Di Malaysia . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
100kB

Abstract

Perkembangan Ajaran Sesat bukan sahaja mendapat tempat dalam kalangan masyarakat awam tetapi telah menular kepada golongan cerdik pandai dan IPT. Melihat kepada fenomena ini, pengkaji melakukan kajian terhadap pelajar-pelajar SPI, UTM, Skudai untuk melihat persepsi mereka terhadap permasalahan ini. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tahun 3 dan 4 SPI, UTM, Skudai. Ia dilaksanakan bertujuan bagi mengenal pasti persepsi pelajar terhadap ajaran sesat dan mengetahui tahap pengetahuan pelajar tentang ajaran sesat. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti usaha yang sepatutnya dilakukan oleh pelajar bagi membendung perkembangan ajaran sesat di Malaysia. Seramai 81 orang pelajar tahun 3 dan 4 SPI, UTM, Skudai terlibat dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan soal selidik yang mengandungi 41 item soalan sebagai instrument kajian, manakala data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) 14.0 for windows bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah _ = 0.93. analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar SPI, UTM, Skudai terhadap ajaran sesat berada pada tahap tinggi iaitu pada nilai min 3.89. Ini bermakna pelajar memiliki persepsi yang negatif terhadap ajaran sesat, mereka juga memiliki tahap pengetahuan yang baik tentang ajaran sesat. Di samping itu, pelajar juga mengetahui bentuk-bentuk usaha yang perlu mereka lakukan bagi membendung penyebaran ajaran sesat di Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, ajaran sesat
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10742
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Oct 2010 10:15
Last Modified:25 Oct 2010 10:15

Repository Staff Only: item control page