Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Hamzah , Abd. Rahman and Wan Husin, Wan Fahmie Abdillah (2010) Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia. Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
127kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan dan keperluan kepimpinan dakwah dalam kehidupan serta mengenalpasti penglibatan pelajar SPI dalam aktiviti tersebut di UTM. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui cara yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan pelajar SPI dalam kepimpinan dakwah dan turut mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar SPI untuk aktif dalam aktiviti berkaitan. Seramai 133 orang pelajar daripada jumlah keseluruhan pelajar SPI terlibat sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu A, B, C, D dan E. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package For Social Science Version 12.0 for Windows (SPSS) dengan member tumpuan kepada nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ?=0.856. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden mengenai kepentingan dan keperluan kepimpinan dakwah dalam kehidupan dan juga penglibatan mereka berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min 4.50 dan 3.88. Begitu juga kajian terhadap cara yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan pelajar turut berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min 4.35. Namun begitu, maklum balas terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk aktif dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34. Di akhir kajian, pengkaji turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diambil perhatian bagi meningkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar terhadap tanggungjawab kepimpinan dakwah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, tanggungjawab kepimpinan dakwah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10741
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Oct 2010 10:13
Last Modified:25 Oct 2010 10:13

Repository Staff Only: item control page