Abu , Baharin and Mamat @ Muhammad, Suzana (2010) Pengetahuan Etika Profesion Perguruan Dalam Kalangan Guru Pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan UTM. Pengetahuan Etika Profesion Perguruan Dalam Kalangan Guru Pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan UTM. . pp. 1-6. (Unpublished)
|
PDF
46kB |
Abstract
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan etika profesion perguruan dalam kalangan guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Empat aspek etika profesion perguruan yang dikaji iaitu pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru kepada murid, tanggungjawab guru kepada rakan sejawat dan profesion perguruan, tanggungjawab guru kepada masyarakat dan Negara dan tanggungjawab guru kepada ibu bapa murid. Kajian ini melibatkan 97 orang guru pelatih yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Teknoogi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu latar belakang responden dan 37 item pernyataan telah diedarkan kepada responden.. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences, Version 11.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia mempunyai pengetahuan etika profesion perguruan dari segi tanggungjawab guru kepada murid, rakan sejawat dan profesion perguruan, masyarakat dan Negara dan ibu bapa murid.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | etika profesion perguruan, guru pelatih 4SPH |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10740 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 25 Oct 2010 10:10 |
Last Modified: | 25 Oct 2010 10:10 |
Repository Staff Only: item control page