Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer menggunakan pendekatan permainan bagi mata pelajaran fizik tingkatan empat: Forces and Motion–Work, Energy and Power.

Md. Salleh, Shaharuddin and Tai, Li Yung (2010) Pembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer menggunakan pendekatan permainan bagi mata pelajaran fizik tingkatan empat: Forces and Motion–Work, Energy and Power. Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Menggunakan Pendekatan Permainan Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan Empat: Forces And Motion–Work, Energy And Power. . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
89Kb

Abstract

Tujuan projek ini adalah untuk membangunkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Fizik tingkatan empat bagi tajuk Forces and Motion – Work, Energy and Power berasaskan teori Konstruktivisme dengan menggunakan pendekatan permainan. Permainan yang berorientasikan pembelajaran akan memperkembangkan kemahiran mental, pemikiran logik, ketangkasan, pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah yang akan wujud dalam diri para pelajar (Rao, Rao, Zoraini dan Wan Fauzy, 1991). Model ADDIE digunakan sebagai garis panduan pembangunan. PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Adventure Game Studio 3.0.2 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2 dan Sonic Foundry Sound Forge 8.0. Perisian PBK ini dapat membantu pelajar mengukuhkan pemahaman konsep dengan cara yang menyeronokkan. Gabungan teks, grafik, audio dan animasi diterapkan dalam perisian ini bagi mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara pengguna dengan komputer. Interaksi ini berupaya mempersembahkan maklumat yang menarik bagi mengekalkan tumpuan pembelajaran pelajar dan memudahkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisisan pembelajaran berbantukan computer, pendekatan permainan, fizik, Forces And Motion–Work, Energy And Power
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10739
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Oct 2010 10:09
Last Modified:08 Jun 2012 06:55

Repository Staff Only: item control page