Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

A Study On Students’ Perception Of Reading Strategies While Comprehending An Academic Text By UTM Students

Abdul Razak , Noor Zainab and Amir, Siti Norashikin (2010) A Study On Students’ Perception Of Reading Strategies While Comprehending An Academic Text By UTM Students. A Study On Students’ Perception Of Reading Strategies While Comprehending An Academic Text By UTM Students . pp. 1-4. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
45kB

Abstract

Membaca merupakan satu kemahiran yang membolehkan pembaca memperoleh pengetahuan dan informasi daripada teks yang dibaca. Penggunaan strategi bacaan yang sesuai boleh membantu pembaca membaca secara independen dan berkesan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar tahun 1 Universiti Teknologi Malaysia, Skudai terhadap strategi bacaan ketika membaca teks akademik. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar tahun 1 yang mengambil matapelajaran UHB 1412 (English for Academic Communication) yang terdiri daripada pelbagai fakulti di UTM sesi 2008/2009 iaitu seramai 60 orang pelajar. Satu set soal selidik yang mengandungi 58 item telah diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk menganalisa strategi bacaan yang digunakan oleh mereka. Analisis dibuat untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dalam kajian ini, keputusan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar telah menggunakan tiga strategi membaca yang telah dicadangkan iaitu strategi kognitif, metakognitif dan sosial untuk memahami teks yang dibaca. Selain daripada itu, telah ditemui iaitu strategi bacaan sosial merupakan strategi bacaan yang paling kerap digunakan oleh pelajar-pelajar tahun 1. Walaubagaimanapun, menurut dapatan kajian, tidak banyak perbezaan dalam bilangan dan jenis strategi bacaan yang digunakan oleh pelajar bertahap tinggi dan pelajar bertahap rendah. Berdasarkan analisis, pelajar bertahap tinggi telah menggunakan ketiga-tiga strategi bacaan yang dicadangkan oleh pengkaji manakala bagi pelajar bertahap rendah hanya menggunakan strategi bacaan metakognitif dengan sepenuhnya tetapi tidak pada strategi yang lain. Diskusi mengenai cadangan bagi kajian masa hadapan telah disertakan sebagai rujukan bagi pengkaji-pengkaji yang berminat menjalankan kajian dalam bidang ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:student’s perception, reading strategies, academic text
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10736
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Oct 2010 10:02
Last Modified:25 Oct 2010 10:02

Repository Staff Only: item control page