Abdul Latif, Adibah and Mohamed Kassim, Norhidayah (2010) Persepsi Pelajar Tahun Akhir Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Kompetensi Diri Semasa Menjalani Latihan Industri. Persepsi Pelajar Tahun Akhir Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Kompetensi Diri Semasa Menjalani Latihan Industri . pp. 1-11. (Unpublished)
|
PDF
56kB |
Abstract
Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap kompetensi diri di kalangan pelajar tahun akhir Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia semasa mereka menjalani Latihan Industri. Satu hubung kait akan dijalankan bagi mengkaji perhubungan antara keempat-empat jenis kompetensi diri iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja secara kumpulan, penyelesaian masalah dan pembelajaran sepanjang hayat. Kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji perbezaan tahap kompetensi diri merentas jantina. Responden kajian ini adalah seramai 87 orang pelajar Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan yang meliputi empat kursus. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk melihat tahap kompetensi diri pelajar manakala untuk mengkaji hubungan antara keempat-empat kompetensi diri, analisis inferensi korelasi telah digunakan. Bagi melihat perbezaan jantina terhadap kompetensi diri pula, analisis yang dijalankan merupakan kaedah ujian-t. Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi diri pelajar berada pada tahap yang tinggi. Kajian yang dilakukan juga menunjukkan terdapat beberapa hubungan yang signifikan antara keempat-empat tahap kompetensi diri pelajar. Walaubagaimanapun, ujian-t yang dijalankan telah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kompetensi diri pelajar merentas jantina.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kompetensi diri, Latihan Industri |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10735 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 24 Oct 2010 13:19 |
Last Modified: | 14 Aug 2017 08:09 |
Repository Staff Only: item control page