Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Garis Lurus Matematik Tingkatan Empat

Yahaya, Noraffandy and Mat Idris, Rohana (2010) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Garis Lurus Matematik Tingkatan Empat. Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Garis Lurus Matematik Tingkatan Empat . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
40kB

Abstract

Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian aplikasi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi sub tajuk Kecerunan Garis Lurus Dalam Sistem Koordinat Cartesan dalam tajuk Garis Lurus yang terkandung dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat. Tujuan ini dibangunkan adalah untuk menyediakan satu alternatif pembelajaran kepada pelajar-pelajar tingkatan empat dalam mempelajari Matematik. Reka bentuk ini adalah berdasarkan kepada Model ASSURE iaitu melibatkan enam fasa iaitu Menganalisis Pelajar, Menyatakan Objektif, Memilih Kaedah, Media dan Bahan, Menggunakan Media dan Bahan, Melibatkan Pelajar dalam Aktiviti Pembelajaran, Penilaian dan Pengubahsuaian. Teori Behaviorisme telah diterapkan ke dalam perisian ini. Pembangunan perisian ini adalah menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 yang menggabungkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio ke dalam perisian ini untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Perisian sokongan yang turut digunakan ialah Adobe Photoshop CS3 dan Sound Forge 6.0. Diharapkan perisian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Garis Lurus.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Garis Lurus, Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10734
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Oct 2010 13:16
Last Modified:14 Aug 2017 08:04

Repository Staff Only: item control page