Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepuasan Mahasiswi Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Said, Hamdan and Ahmad, Norma Suzila (2010) Kepuasan Mahasiswi Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kepuasan Mahasiswi Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
106kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Fatimah (KTF). Dalam kajian ini kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan ditinjau dari aspek persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswi, pentadbiran pejabat pengurusan, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang dijalankan, dan perkhidmatan kafeteria. Kajian diskritif ini menggunakan soal selidik yang diubahsuai dari kajian-kajian terdahulu sebagai instrumen kajian. Seramai 320 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dipaparkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para siswi berpuas hati terhadap kualiti kehidupan di KTF dalam kesemua lapan aspek yang dikaji. Kajian ini turut memberikan cadangan untuk tindakan susulan dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kepuasan mahasiswi, Kolej Tun Fatimah (KTF), kualiti kehidupan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10729
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Oct 2010 13:01
Last Modified:14 Aug 2017 07:45

Repository Staff Only: item control page