Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mungkin Mempengaruhi Perlaksanaan Program Bimbingan Taulan Dalam Membantu Guru Sains Menguasai Bahasa Inggeris Di Sekolah

Nordin, Azin and A. Kahar, Norlela (2010) Faktor-Faktor Yang Mungkin Mempengaruhi Perlaksanaan Program Bimbingan Taulan Dalam Membantu Guru Sains Menguasai Bahasa Inggeris Di Sekolah. Faktor-Faktor Yang Mungkin Mempengaruhi Perlaksanaan Program Bimbingan Taulan Dalam Membantu Guru Sains Menguasai Bahasa Inggeris Di Sekolah . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
46kB

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi perlaksanaan Program Bimbingan Taulan dalam membantu guru Sains menguasai Bahasa Inggeris disekolah. Subjek kajian adalah terdiri daripada 73 orang guru Sains yang terlibat dengan program ini di 10 buah sekolah rendah di sekitar Johor Bahru. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang dibina berdasarkan aspek kesediaan, keyakinan dan latar belakang Bahasa Inggeris guru. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 (Statistical Package For Social Science) dan data telah diterjemahkan dalam bentuk min, peratusan dan Korelasi Pearson. Hasil keseluruhan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru merupakan faktor yang paling dominan jika dibandingkan dengan keyakinan guru iaitu min kesediaan 4.1610 dan min keyakinan adalah 3.9229. Seterusnya daripada analisis Korelasi Pearson menunjukkan kesediaan dan keyakinan guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan latar belakang Bahasa Inggeris guru. Namun, kesediaan mempunyai hubungan yang rendah tetapi tidak signifikan (p = 0.156) dengan latar belakang Bahasa Inggeris guru berdasarkan nilai pekali korelasi, r = 0.168, manakala keyakinan mempunyai hubungan yang tinggi dengan latar belakang Bahasa Inggeris guru berdasarkan nilai pekali korelasi, r = 0.785 pada nilai p = 0.01. Dengan adanya kajian ini, mudah-mudahan ianya dapat memberikan faedah kepada pihak sekolah dan guru-guru yang terlibat dengan Program Bimbingan Taulan dalam usaha memperbaiki taraf pendidikan dan khususnya dalam mata pelajaran Sains.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Bahasa Inggeris, guru sains, Program Bimbingan Taulan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10728
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Oct 2010 12:59
Last Modified:07 Jun 2017 10:20

Repository Staff Only: item control page